Can"t find it? Try searching the entire web with:

Google
 

Friday, May 25, 2007

Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Hafiz

Kesilapan #11 - Kesalahan Yang Alang Lakukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, rosli!
Alang bersetuju untuk kongsikan kesilapan yang pernah beliau
lakukan. Teruskan bacaan anda dan ambil ikhtibar untuk memajukan
perniagaan Internet anda. Thanks Alang for your contribution
to InternetMuda.com ;)
************************************************************
Beberapa kesilapan yang pernah saya lakukan di dalam perniagaan
internet
1. Membuat laman web tanpa perancangan yang teliti. Contoh terbaik
dalam kes ini ialah 2 laman web saya, MySpaceZones.com dan
RcadeZones.com. Saya membina kedua-dua laman web tersebut
kerana terpengaruh dengan trafik dari myspace. Saya membaca beberapa
pendapat yang mengatakan amat mudah memperolehi trafik dari myspace
dengan laman web berkenaan. Akhirnya, kedua-dua laman web
tersebut saya jual selepas sebulan dilancarkan dan saya kerugian
lebih dari $500 USD untuk script yang saya beli dan bayaran untuk
design.
2. Menghantar iklan kepada forum members melalui email mereka.
Pada masa tersebut, pendapatan dari adsense mula menjunam dan
saya agak terdesak untuk mencari pendapatan lebih. osx-e.com
mempunyai lebih dari 3000 forum members dan saya menghantarkan
email iklan (affiliate link / CPA) kepada mereka melalui forum
admin panel. Akibatnya, saya kehilangan banyak forum members
termasuklah mereka yang telah banyak memberi sumbangan. Tindakan
saya itu dianggap sebagai spam atau melanggar privasi.
3. Menjual text link kepada laman web yang langsung tidak
berkaitan dengan laman web saya di osx-e.com. Saya telah
menjual beberapa text link yang berkaitan dengan loan dan
drugs, dan akibatnya, saya telah kehilangan ranking dalam
search engine.
4. Membayar designer sepenuhnya sebelum mereka memulakan tugas.
Itu adalah pengalaman pertama saya mendapatkan designer untuk
laman web saya. Dan apabila hasil designer tersebut tidak memuaskan
hati saya, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana saya sudah
membayar beliau sepenuhnya. Dan saya terpaksa mengeluarkan wang
lagi untuk membayar designer baru. Selepas itu, saya tidak pernah
membayar sesiapa pun yang memberikan perkhidmatan kepada saya
selagi tugas yang mereka buat belum selesai atau tidak memuaskan
hati saya. Jika mereka designer yang mempunyai reputasi yang baik,
saya hanya akan membayar 50% deposit sahaja, dan selebihnya hanya
apabila kerja tersebut selesai dan saya berpuas hati.
Untuk mengetahui perjalanan perniagaan internet Alang, layari
http://www.szab.net/blog
************************************************************
5 hari berikutnya saya akan kongsikan kesilapan Mohd Amirol,
seorang usahawan muda Internet yang sedang meningkat naik dan
mempunyai potensi besar dalam memajukan perniagaan Internet
di Malaysia ini.
Jadi nantikan e-mail saya yang berikutnya.
To your success,
Hafiz Latib
*************************************************************
Anda menerima e-mail dari no.reply@internetmuda.com. Jika anda
mempunyai sebarang pertanyaan ataupun pendapat, beritahu saya
melalui SMS ke:
HAFIZNama AndaEmail AndaSoalan/Pendapat Anda.
Hantarkan kepada 32781
Pertanyaan atau pendapat anda akan dibalas secepat mungkin.
**Server SMS saya down seketika. Sebarang pertanyaan boleh dihantar
bermula 19 Mei 2007.
No 15, Jalan 9, Taman Berjaya, Batu Caves, Selangor 68100, MALAYSIA

No comments:

free rss feed

AddThis Feed Button

free bookmark

AddThis Social Bookmark Button

onlywire